Kita semua mengakui bahawa kita adalah berakidah ahlu sunnah wal jamaah. Namun apakah kita benar-benar mengerti maksud sebenarnya? Isu yang akan saya ketengahkan pada kali ini ialah berkenaan siapa ahlu sunnah wal jamaah, apakah definisinya, dan mari kita bincangkannya.
Ahlu sunnah Wal Jamaah
DEFINISI AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH
Istilah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah secara literalnya boleh diterjemahkan sebagai "pendokong yang berpegang dengan Sunnah dan mendapat sokongan kumpulan yang ramai". Para ulama telah memberikan beberapa ungkapan definisi tentang pengertian Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah atau ringkasnya disebut sebagai Ahl al-Sunnah.
Menurut Ibn Hazm dalam kitabnya al-Fasl, Ahl al-Sunnah ialah pendokong kebenaran (ahl al-haqq) dan selain mereka disebut sebagai pendokong bidaah (ahl al-bidaah).
Mereka terdiri daripada para sahabat Rasulullah s.a.w dan orang-orang yang menuruti jejah langkah mereka dari kalangan para ulama tabiin terpilih, golongan ahli hadis dan orang-orang yang menuruti jejak langkah mereka daripada kalangan fuqaha dari satu generasi ke satu generasi hingga ke hari ini dan orang-orang yang menuruti jejak langkah (panduan) mereka dari kalangan orang-orang awam di belahan timur dan barat dunia ini. (Ibn Hazm; 1985, 271; Johari Mat, 1997;9).
(Hanya ilustrasi)
Ibn al-Jawzi mentakrifkan Ahl al-Sunnah sebagai ahl al-naql dan al-athar yang mengikuti hadis-hadis Rasulullah s.a.w dan athar Sahabatnya kerana mereka berada di atas jalan yang tidak berlaku perkara-perkara bidaah. Perkara-perkara bidaah berlaku selepas Rasulullah s.a.w dan Sahabatnya (Engku Ahmad Zaki, 2007; h. 135-136).
Menurut Hamka, Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah ialah orang yang mengikuti Sunnah Nabi s.a.w dan para ulama mujtahid yang mengeluarkan pendapat yang bebas sebagai hasil ijtihadnya. Orang-orang yang menganut mazhab Syafii, Hanafi, Maliki dan Hambali di dalam soal furuÊ (cabang) ialah golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Sedangkan Syiah, Khawarij dan Muktazilah tidak termasuk di dalamnya. Demikian juga pendukung-pendukung bidaah yang menambah, apatah lagi mengurangi ajaran nabi Muhammad s.a.w tidak termasuk dalam golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Di dalam ilmu kalam, mazhab al-Asy`ari dan
al-Maturidi ialah mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah (Engku Ahmad Zaki, 2007; h. 135-136).
Kumpulan teramai atau majoriti yang menuruti al-Sunnah ini disebut oleh hadis Rasulullah s.a.w sebagai al-sawad al-a`zam. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Allah s.w.t tidak menghimpunkan umatku di dalam perkara yang sesat selamalamanya. Hendaklah kamu mengikuti al-sawad al-a`zam, "tangan" (pertolongan) Allah (akan diberikan kepada) kumpulan Jamaah (yang ramai), sesiapa yang menyendiri (atau memencilkan diri dari kumpulan yang ramai), maka dia akan
menyendiri di dalam neraka". (Hadith riwayat Ibn Majjah)
Maksud al-sawad al-a`zam ialah sekumpulan majoriti orang yang berhimpun mentaati pemerintah dan menurut jalan yang lurus. Mereka bersepakat dalam urusan agama yang menepati kebenaran (al-haqq). Sesiapa yang menyalahi atau menentang mereka (kumpulan majoriti), maka sekiranya dia (penentang tersebut) mati sebelum bertaubat, maka dia mati dalam keadaan jahiliah, sama ada apa yang dia tentang itu melibatkan perkara yang berkaitan dengan syariat, imam dan pemerintah mereka kerana dia telah menentang al-haqq.
SEJARAH KEMUNCULAN AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH
Umat Islam di Malaysia berpegang dengan mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah berdasarkan huraian mazhab al-Asya`irah dan al-Maturidiah. Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa hanya Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja mazhab yang diterima pakai di negara ini, manakala mazhab-mazhab lain dilarang dari diamal dan disebarkan di kalangan masyarakat (Johari, 1997; 1). Namun demikian, walaupun majoriti umat Islam di Malaysia berpegang dengan mazhab ini sejak zaman berzaman, terdapat segelintir ahli masyarakat kita yang tidak mengetahui asal usul kelahiran mazhab ini dan pengasasnya. Memang pada zaman Rasulullah s.a.w, istilah Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah tidak pernah digunakan secara rasmi bagi merujuk kepada kumpulan kelompok majoriti umat Islam. Namun demikian, kumpulan ini telah wujud sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. Istilah ÂAhli Sunnah Wal JamaahÊ adalah istilah yang digunakan secara meluas dalam wacana keilmuan Islam, khususnya setelah munculnya aliranaliran dalam ilmu kalam.
Kemunculan istilah "Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah" dalam wacana keilmuan Islam, khususnya dalam wacana ilmu kalam boleh dikaitkan dengan munculnya al-Imam Abu al-Hasan al-Asy`ari yang mengasaskan mazhab al-Asya`irah bagi menolak beberapa fahaman Muktazilah yang dilihat tidak selaras dengan al-Sunnah dan
bertentangan dengan apa yang dipegang oleh Jamaah kaum muslimin.
Abu Hasan al-Asy`ari pernah menjadi pengikut Muktazilah sebelum membuat keputusan untuk keluar daripada mazhab tersebut dan mengasaskan mazhab al- Asya`irah. Beliau sering mengikuti kuliah-kuliah aqidah yang disampaikan oleh gurunya Abu `Ali al-JubaÊi di masjid. Suatu hari ketika gurunya itu sedang menghuraikan dasar mazhab Muktazilah yang menyatakan bahawa Allah s.w.t wajib melakukan perbuatan yang baik (al-salah) dan yang lebih baik (al-aslah), Abu al-Hasan menanyakan pendapat gurunya tentang suatu pertanyaan: "Apakah bentuk balasan yang akan diterima oleh tiga orang bersaudara seperti berikut; saudara yang pertama mati ketika dewasa dalam keadaan mentaati Allah s.w.t, yang kedua mati ketika dewasa dalam keadaan mendurhakai Allah s.w.t, manakala yang ketiga mati ketika masih kecil?".
Berikut di bawah ini saya sertakan beberapa video yang menerangkan tentang golongan ahlu sunnah wal jamaah. Saya sertakan video daripada beberapa tokoh terkemuka tanah air antaranya Mufti negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato' Arif Perkasa Dr Mohammad Asri Zainul Abidin, Dr Khalid Basalamah dan Sheikh Hussain Yee.
Di bawah ini pula daripada pendakwah terkenal Indonesia, Dr Khalid Basalamah :
Dan yang terakhir ini saya sertakan video daripada tokoh terkemuka negara dan dunia, Sheikh Hussain Yee :
Semoga kita sama-sama memahami agama kita dan iktikad ahlu sunnah wal jamaah yang sebenarnya.
Ulasan
Catat Ulasan