Bagi yang mempelajari ilmu agama Islam, pastinya akan menemui satu topik yang dinamakan sebagai Al-Thabat wal Murunah. Mari sama-sama kita mengupas dengan lebih lanjut lagi akan topik ini.
Al-Thabat Dan Al-Murunah
Al-Thabat
Al-Thabat ( الثبات ) berasal daripada perkataan ( ثبت – يثبت – ثبا تا ) yang
bermaksud tetap kukuh dan tidak berubah, tidak bergoncang dan tidak
berganjak daripada tempatnya. Firman Allah TaÊala:
"Wahai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh),
Maka tetap teguh hatilah kamu..." (surah Al-Anfal : 45)
Oleh itu al-Thabat dalam Islam bermaksud ketetapan dan kekukuhan Syariat Islam dalam perkara-perkara yang dasar ( الأصول ) dan umum ( الكليات ). Ia juga meliputi kekukuhan Syariat Islam dalam matlamat ( الأهداف ) serta tujuan utama (الغايات) ) yang menjadi dasar kepadanya. Perkara-perkara yang berkaitan dengan
akidah, ibadat dan akhlak misalnya kekal menjadi asas kepada Syariat Islam.
Dalil Al-Thabat
Allah memerintahkan kita agar mengamalkan prinsip syura dalam pentadbiran.
Firman Allah TaÊala yang bermaksud ;
"Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan
mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat antara
mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada
mereka".
(Surah Al-Syura: 38)
Prinsip keadailan dalam penghakiman :
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat"
Mengharamkan perkara-perkara secara putus kepada kita :
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Al-Quran dan al-Sunnah tetap menjadi sumber utama Syariat Islam sehingga hari
kiamat :
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
Kewajipan melaksanakan segala suruhan Allah TaÊala seperti ibadat-ibadat yang
khusus :
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"
Perlaksanaan hukum-hukum jenayah Islam seperti hudud dan qisas kekal menjadi
kewajipan :
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya."
Kadar pembahagian harta pusaka dinyatakan secara putus dalam al-Quran :
"Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar."
Al-Murunah
Al-Murunah ( المرونة ) berasal daripada perkataan ( مرن – يمرن - مرونة ) yang bermaksud sesuatu sifat lembut dan anjal daripada asal puncanya yang mengalami perubahan apabila berlaku perubahan persekitaran yang meliputinya. Oleh itu al-Murunah bermaksud perubahan yang berlaku dalam Syariat Islam berdasarkan kepada perubahan masa, tempat, budaya dan persekitaran. Ia meliputi perubahan kaedah-kaedah ( الوسائل ) serta cara-cara (الأسالب) ) dalam perlaksanaan Syariat Islam. Begitu juga perkara-perkara cabang (الفروع ) dan juziyyah ( الجزئيات ) sentiasa akan berubah mengikut perubahan masa, tempat dan persekitaran.
Contoh Al-Murunah dalam Islam
Keluasan skop kemaafan ( العفو ) atau ruang kosong ( الفراغ ) yang sengaja
ditinggalkan oleh nas Syarak.
- Hal ini kita boleh lihat misalnya penggunaan qiyas, istihsan, masalih mursalah, al-urf dan selainnya
Terdapat banyak nas-nas yang menerangkan prinsip-prinsip yang bersifat
menyeluruh ( الكلية ) serta hukum-hukum yang bersifat umum.
- contohnya kewajipan menjalankan dakwah amar makruf nahi mungkar, dalilnya bersifat umum dan cara melaksanakannya terpulang kepada individu masing-masing.
Terdapat banyak nas-nas yang memberikan ruang pelbagai tafsiran dan
pemahaman.
- Perkataan quru ( قروء ) dalam ayat 228 al-Baqarah membawa dua
pengertian yang bertentangan sama ada haid atau suci. Maka nas di
atas membawa dua kemungkinan hukum iddah, sama ada tiga kali
datang haid atau tiga kali suci daripada haid.
Syariat Islam memelihara konsep darurat ( الضرورات ), hajat ( الحاجات ) serta
keuzuran ( الأعذار ) dalam menentukan sesuatu hukum.
- misalnya rukhsah dalam beribadat, dalam keadaan darurat dan seumpamanya.
Perubahan fatwa-fatwa dalam Islam mengikut perubahan masa, tempat,
keadaan dan Âuruf persekitaran.
- Konsep ini memberi ruang yang luas kepada para mujtahid dalam menilai
semula fatwa-fatwa yang terdahulu. Banyak contoh-contoh fatwa yang kita
dapat lihat berubah mengikut perubahan masa, tempat, keadaan dan Âuruf
persekitaran.
Wallahualam.
Ulasan
Catat Ulasan