Al-Tawazun

Realiti pada hari ini, umat Islam tidak dapat membahagikan kehidupan mereka untuk manfaat dunia dan akhirat sewajarnya. Islam menenkankan umatnya untuk mencapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat.

Al-Tawazun

Apakah itu al-tawazun? Al-Tawazun ( التوازن ) berasal daripada perkataan ( توازن يتوازن - توازنا ) yang bermaksud seimbang dalam sesuatu timbangan atau sesuatu urusan. Manakala menurut istilah agama pula ialah satu sistem yang seimbang dan lengkap bukan sahaja mengatur hubungan manusia dengan Allah, malah ia merangkumi hubungan sesama manusia. Firman Allah Taala :

A143

Maksudnya:
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).


Image result for al tawazun




Antara contoh pengamalan Al-Tawazun dalam Islam

 Seimbang dari Sudut Keperluan Rohani dan Jasmani

Syariat Islam telah meletakkan rukun-rukun iman serta ibadat-ibadat yang
khusus dalam mengukuhkan hubungan kerohanian kita dengan Allah.
Syariat Islam juga telah meletakkan hukum-hukum dalam perkara yang
berkaitan dengan keperluan jasmani seperti nafkah, makanan, perhiasan,
perkahwinan, pembahagian harta pusaka, prinsip ekonomi dan
seumpamanya.

Seimbang dari sudut perundangan

Perundangan Islam bersifat seimbang mengatur perkara-perkara yang
berhubung dengan rohani dan jasmani. Misalnya hukuman hudud bagi
orang yang murtad, sebagai langkah pencegahan dalam memelihara
akidah. Manakala, hukum hudud bagi kesalahan mencuri, minum arak,
berzina, qazaf, merompak bermatlamatkan untuk menjaga harta, akal,
serta maruah kita daripada dicerobohi

Seimbang mengatur kehidupan dunia dan akhirat

Islam melarang kita hanya menumpukan kepada amal ibadat semata-mata
tanpa mempedulikan tanggungjawab di dunia ini. Misalnya tugas utama
kita dijadikan bukan sahaja ialah sebagai hamba Allah, adalah bagi
mematuhi segala perintahNya. Kita juga adalah khalifah untuk mentadbir
serta memakmurkan bumi ini dengan syariatNya.

Seimbang bertepatan dengan fitrah manusia

Islam mengharuskan hiburan yang baik serta gurauan yang benar. Misalnya
nyanyian pada hari raya dan perkahwinan diharuskan syarak. Begitu juga
diharuskan perhiasan yang baik seperti emas, perak, kenderaan dan
seumpamanya. Semuanya ini adalah bertepatan dengan kehendak serta
fitrah manusia.

Sebagai kesimpulan, konsep Al-Tawazun itu ada di dalam Islam. Dapat kita fahami bahawa Islam sangat menganjurkan umatnya untuk seimbangkan kehidupan mereka antara kehidupan dunia dan di akhirat. Sebahagian daripada kita telah menyalah anggap bahawa kita perlu kelihatan miskin dan hidup serba dhaif di dunia ini umpamanya, kerana itulah yang dinamakan sebagai zuhud. Apakah kenyataan ini benar? Jelas sekali salah kerana Islam itu sendiri menyuruh kita mencapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Seperti yang dilaungkan di dalam azan iaitu “Marilah menuju kejayaan”. Kejayaan yang dimaksudkan dapat kita fahami bahwa itulah kejayaan di dunia dan juga kejayaan yang abadi iaitu syurga Allah S.W.T. Wallahualam

Image result for al tawazun



Ulasan