Mudharabah

Mudharabah atau perkataan lain yang lebih difahami oleh masyarakat kini ialah pelaburan. Mari sama-sama kita membincangkan satu topik yang amat penting untuk kita fahami kerana rata-rata daripada kita boleh dikatakan semuanya terkait dalam isu pelaburan.

Mudharabah

 Takrif mudharabah dari segi Bahasa ialah melepas seseorang pergi berdagang. Ini kerana perlaksanaan mudharabah itu membabitkan perjalanan yang jauh untuk memperolehi barangan, memasarkan, mengaut keuntungan dan sebagainya.
Menurut istilah syarak pula, mudharabah ialah harta yang diserahkan kepada seseorang supaya diperdagangkannya, dan keuntungan dibahagi Antara keduanya secara sama rata. Menurut istilah para ulama’ fikah, perkongsian seperti ini berlaku apabila pemilik menyerahkan hartanya kepada seseorang untuk diusaha dan diniagakan.
Amalan ini juga merupakan salah satu konsep syarikat kerana keuntungan dibahagi dan dikongsi bersama. Dalam Bahasa Arab, perkataan qiradh diambil daripada perkataan qardh yang bermaksud memotong. Kontrak ini dinamakan sedemikian kerana pemilik ‘memotong’ sebahagian hartanya untuk diberikan kepada pengusaha yang menguruskannya. Pemilik juga ‘memotong’ keuntungan untuk diberikan kepada pengusaha. Amalan ini turut dikenali sebagai muqaradhah yang bermaksud sama rata kerana masing-masing berkongsi keuntungan. 

Image result for mudharabah dan pelaburan

Dalil

Dalil sunnah banyak yang ditemui dalam beberapa riwayat. Sebahagian yang kami dapat nyatakan di sini ialah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a daripada bapanya Al-Abbas bin Abdul Muthallib r.a :

Apabila dia menyerahkan harta untuk pelaburan, dia akan meletakkan syarat kepada sahabatnya iaitu tidak boleh membawa barangan ini melalui laut atau melalui lembah dan tidak menggunakan harta ini untuk membeli haiwan yang mempunyai “hati yang lembap” (masih hidup). Jika dia melakukannya juga, dia perlu menggantinya. Syarat ini telah disampaikan kepada Rasulullah s.a.w dan baginda membenarkannya”.(. Riwayat Al-Baihaqi, kitab : qiradh, 6/11)


Hadith yang lain pula Rasulullah s.a.w bersabda :
Ada tiga perkara yang diberkati iaitu jual beli secara hutang, muqaradhah, mencampurkan gandum dan barli untuk kegunaan rumah bukan untuk dijual(Riwayat Ibnu Majah no 2289)

Hadith yang seterusnya ialah diriwayatkan oleh Al-Ala’ bin Abdul Rahman daripada bapanya  daripada datuknya “suatu ketika Uthman ibn Affan r.a berikan kepadanya harta sebagai pelaburan untuk dia usahakan dan keuntungan dibahagi sesama mereka" (Malik. Muwatto’ [2/687], baihaqi. Sunan [6/111])


Hikmah

  • ·         Tujuan sebuah perkongsian pada dasarnya adalah untuk pelaburan harta
  •       Dapat mewujudkan amalan saling membantu dalam kalangan masyarakat. 
  •       Mewujudkan suasana saling melengkapi dengan memanfaatkan segala keupayaan
  •       Ini dapat dicapai dengan menggabungkan mereka yang mempunyai banyak harta tetapi kurang berkemahiran (pemodal/pelabur) dengan mereka yang mempunyai kemahiran yang tinggi tetapi kurang berharta.

Hukum Pelaburan


Kontrak mudharabah adalah kontrak yang jaiz. Ia memberi maksud bahawa pemodal dan pengusaha berhak untuk membatalkan kontrak, tidak kira sama ada pengusaha telah memulakan kerjanya ataupun tidak.
            Jika pembatalan dibuat sebelum kerja-kerja dilakukan, pengusaha tidak berhak sama sekali untuk menggunakan modal tersebut. Tindakan tersebut dikirakan sebagai menggunkan harta orang lain tanpa kebenaran.
            Jika pembatalan dibuat selepas kerja-kerja dilakukan, pengusaha perlu menghentikan serta-merta sebarang urusan yang baru. Dalam keadaan ini, pengusaha wajib menjual barangan yang ada padanya untuk mendapatkan wang tunai tempatan dan menyelesaikan hutang yang berkaitan dengan syarikat. Selepas itu barulah pengiraan dijalankan. Semua modal diserahkan semula kepada pelabur sementara keuntungan di bahagi sama rata mengikut perjanjian.

Rukun Kontrak Pelaburan

  •  Lafaz (sighah) iaitu penawaran dan persetujuan dengan kata-kata yang menunjukkan persetujuan untuk mewujudkan kontrak dan perkongsian ini.
  •   Pihak yang mengikat kontrak iaitu pelabur dan pengusaha 
  • Modal (   Mestilah berbentuk matawang kerana sekiranya ia berbentuk barangan, ia mempunyai banyak risiko yang besar iaitu keuntungan dan modal tidak dapat dipastikan kerana setiap barangan mempunyai nilai yang berbeza., Modal mestilah dalam jumlah tertentu,   Modal mestilah dalam bentuk tunai, Modal mestilah diserahkan kepada pengusaha)

        Syarat-syarat kontrak mudharabah

Ø  Kebebasan menjalankan urusan tanpa tertakluk kepada syarat tertentu
Ø  Keuntungan hanya dikongsi Antara pelabur dan pengusaha
Ø  Pengusaha mestilah bebas menguruskan modal dan bekerja

      Penamatan Kontrak Mudharabah


Ø  Pembatalan
Ø  Kematian satu pihak
Ø  Salah satu pihak gila atau pengsan
    Kemusnahan modal pelaburan

Di bawah ini saya sertakan satu video daripada Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman di mana beliau menceritakan mengenai mudharabah dan pelaburan di dalam Islam. Jemput tonton :


Ulasan