Tanda-tanda Kiamat

Sedar tidak sedar, pada hari ini kita telah berada di penghujung zaman. Nabi Muhammad s.a.w sendiri merupakan tanda akhir zaman. Kita tidak tahu bilakah bakal berlakunya hari kiamat. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri tidak tahu bilakah terjadinya hari kiamat. Baginda s.a.w ketika ditanya oleh Jibrail alaihissalam mengenai bilakah berlakunya hari kiamat, baginda s.a.w mengatakan "yang bertanya lebih tahu daripada yang ditanya".  Namun baginda s.a.w hanya boleh memberi tanda-tanda berlakunya kiamat. Tanda-tanda kiamat terbahagi kepada dua iaitu tanda-tanda besar dan juga tanda-tanda kecil.

Tanda-tanda Kiamat


Image result for hari kiamat



Tanda-tanda kiamat kecil 

  •       Pengutusan Nabi Muhammad S.A.W sebagai penyudah para Nabi dan Rasul. Tiada lagi nabi Antara Nabi Muhammad S.A.W dengan Hari Kiamat. Selepas kewafatan Baginda, hanya menunggu masa sahaja tibanya Hari Kiamat. Waktunya tidak diketahui bila. Allah sahaja yang mengetahui bilanya kiamat akan terjadi.
  •    Munculnya raja-raja, para pemerintah dan ketua-ketua dari kalangan anak-anak hamba sahaya, bukannya dari keturunan yang baik-baik.
  •    Munculnya orang yang kaya, mewah, memiliki istana kediaman yang tinggi dan memimpin manusia sedangkan mereka asalnya daripada golongan badwi dan pengembala kambing.
             Di dalam Hadith Arbain atau hadith 40 karya Imam Nawawi, iaitu hadith yang kedua, daripada Abu Hurairah r.a katanya bermaksud ketika Nabi s.a.w sedang bersama para sahabatnya, Jibrail a.s datang lalu bertanya kepada Baginda “wahai Rasulullah! Bilakah berlakunya kiamat ?” baginda s.a.w menjawab :yang bertanya lebih tahu daripada orang yang ditanya, namun begitu biarlah aku beritahu kamu mengenai tanda-tandanya : (iaitu) apabila hamba melahirkan tuannya, itulah antara dia tanda-tandanya. Juga apabila orang berkaki ayam, tiada pakaian dan pengembala kambing menjadi pemimpin manusia, ini juga merupakan tanda-tandanya. Apabila pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan tinggi itulah juga merupakan tanda-tandanya" (Riwayat Muslim, syarah Hadith 40 Imam Nawawi, cetakan kelima, Jun 2014)

         Di dalam Hadith Bukhari r.a pula ada menyebut sebanyak sebelas tanda. Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : tidak akan berlaku kiamat sehingga :


  •    Dua kumpulan yang berpengaruh besar berperang sehingga mengorbankan banyak nyawa sedangkan misi mereka serupa.
  •    Munculnya para dajjal penipu seramai hampir 300 orang. Semuanya mendakwa diri mereka utusan Allah s.w.t.
  •      Dicabut ilmu

  • Banyak berlaku gempa bumi.
  •  Masa menjadi singkat
  •   Lahirnya fitnah-fitnah
  •  Berlakunya banyak kekacauan iaitu pembunuhan
  • Harta benda melimpah ruah sehingga sukar mencarimorang yang ingin menerima sedekahnya. Apabila dipanggil seseorang untuk menerimanya orang itu berkata “saya tidak berhajat kepada harta tersebut kerana telah banyak harta”
  •   Manusia berlumba-lumba membina bangunan tinggi-tinggi
  •   Seseorang melalui kubur lalu berkata “wahai alangkah baiknya aku berada pada tempatnya.”
  • Terbit matahari dari barat. Apabila terbit dan manusia melihatnya mereka semua akan beriman tetapi ketika itu tidak bermakna apa-apa lagi kerana pintu taubat telah tertutup.
Semua yang disebutkan adalah dari Hadith Riwayat Bukhari.


Image result for hari kiamat





Tanda-tanda Besar

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Yakjuj dan Makjuj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka" (Hadith Riwayat Muslim)

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.Sepuluh tanda itu ialah:


  • Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  • Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  • Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Safa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt
  • Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa
  • . Turunnya Nabi Isa a.s ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleh orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  • Keluarnya bangsa Yakjuj dan Makjuj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh ZulQarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  • Gempa bumi di Timur
  • Gempa bumi di Barat.
  •  Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  • Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Image result for hari kiamat


Di bawah ini saya sertakan satu klip video iaitu gambaran hari kiamat. 


Demikian adalah sekadar gambaran tentang keadaan huru-hara pada hari Kiamat. Hanya Allah Maha Mengetahui bila akan terjadinya Kiamat.

Ulasan