Premier League musim 2017-2018

Liga Perdana Inggeris sememangnya menjadi pilihan rata-rata rakyat Malaysia untuk ditonton. Tidak dinafikan liga seperti La Liga Sepanyol juga sering menjadi tontonan rakyat Malaysia. Namun, tidak dapat disangkal lagi bahawa Liga Perdana Inggeris sememangnya berada di hati para peminat bola sepak tanah air. Antara pasukan yang paling mempunyai ramai peminat adalah Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool. Mari kita cuba lihat perkembangan terkini Liga Perdana Inggeris.

Premier League musim 2017-2018

Sejak kebelakangan ini, persaingan di Liga Perdana Inggeris semakin hangat dan sengit. Ini kerana kelab yang sebelum ini tidak menyerlah menyinar di dalam persaingan liga. Antaranya termasuklah Manchester City, Tottenham Hotspur, dan juga Everton. Untuk musim 2017-2018 yang bakal menjelang lebih kurang 11 hari lagi, persaingan dijangka akan lebih sukar daripada kebiasaan. Ini kerana enam kelab utama di dalam liga bakal mengharungi saingan liga juara-juara eropah di mana Liverpool perlu melepasi saingan 'play-off' terlebih dahulu.


Image result for barclays premier league



Manchester United


Perkembangan terkini mengenai Manchester United di mana musim lepas mereka berjaya raih 3 piala yang dipertandingkan. Oleh itu, tidak dinafikan kelab paling berjaya di liga perdana Inggeris ini sering menjadi tumpuan media-media dan juga para peminat bola sepak. Rekod perpindahan terkini menunjukkan Manchester United telah melengkapi dua perpindahan iaitu penyerang berbisa liga perdana inggeris, Romelu Lukaku, dan juga pertahanan Benfica, Victor Lindelof. Namun, dikhabarkan pengurus kelab tersebut, Jose Mourinho masih mahukan dua lagi pemain untuk diserap masuk ke dalam skuadnya itu bagi menghadapi saingan musim 17/18 yang dijangka lebih sukar. Pemain yang sering dikaitkan dengan kelab ini ialah bintang pasukan Inter Milan iaitu Ivan Perisic, bintang Real Madrid, Gareth Bale dan Assensio, Nemanja Matic dari Chelsea, Leander Dendoncker dari Anderlect, Emil Forsberg dari kelab RB Leipzig, Ross Barkley dari Everton. Namun yang mana satu yang akan benar-benar menyertai kelab agung ini? sama-sama kita nantikan.

Image result for manchester united



Chelsea FC 

Pasukan yang memenangi Liga Perdana Inggeris musim 16/17. Kehebatan pasukan ini tidak dapat dinafikan lagi. Mereka kelihatan gah setiap kali berada di atas padang dengan aksi yang begitu mengujakan dan mempamerkan persembahan yang terbaik. Setakat hari ini, Chelsea telah berjaya menandatangani pemain dari Real Madrid iaitu Alvaro Morata, pemain AS Monaco Tiemou Bakayoko, Mitchy Batshuayi dari Olympique De Marseille dan juga pemain pertahanan Rudiger. Namun aksi mereka di kejohanan International Champions Cup kelihatan sedikit goyah apabila menerima kekalahan kedua berturut-turut iaitu tewaas 3-2 kepada gergasi Jerman, Bayern Munchen dan tewas 2-1 kepada gergasi Itali, Inter Milan. Aksi mereka di liga musim hadapan pasti dinanti-nantikan.



Image result for chelsea

Arsenal FC

Kelab ini juga merupakan kelab gergasi England. Namun kekebalan mereka seolah-olah hilang bisanya sejak kebelakangan ini. Musim lalu mereka menamatkan kempen di kedudukan ke-5 di dalam Liga. Sekaligus membuatkan kelab ini bakal bersaing di dalam kejohanan Liga Europa. Arsenal telah pun menandatangani pemain penyerang yang berbisa iaitu Alexandre Lacazette. Pemain sensasi kelab tersebut iaitu Alexis Sanchez tidak terlepas daripada kekecohan di media yang mendakwa Sanchez akan berhijrah ke kelab seteru yang lain iaitu Manchester City. Namun pengurus Arsenal, Arsene Wenger menegaskan bahawa pemain ayam tambatan itu tidak akan meninggalkan Emirates pada musim perpindahan kali ini. Apakah kesudahan bagi Alexis Sanchez? sama-sama kita tunggu dan lihat.

Image result for arsenal



Manchester City   

\
Kelab yang seringkali mencabar kejuaraan liga ini sekali lagi membuat perbelanjaan besar bagi memperkuatkan jentera pasukan mereka musim hadapan. Pengurus City, Pep Guardiola berbelanja besar di bahagian pertahanan mereka. The Citizens telah berjaya mendapatkan pemain hebat antaranya, Danilo, Kyle Walker, John Stones, Ederson Moraes (GK), Mehdi Benatia, dan Benjamin Mendy. Ini akan menyebabkan saingan liga semakin sengit. 

Image result for manchester city



Tottenham Hotspur

Kelab yang sedang meningkat naik ini agak kurang berbelanja pada musim kali ini. Pemain bintang mereka antaranya, Harry Kane dan juga Dele Alli antara tonggak utama di dalam pasukan ini. Musim lalu mereka berjaya menamatkan di tangga ke-2 di dalam liga di belakang juara liga iaitu Chelsea. Potensi mereka di dalam liga dua musim terakhir ini sememangnya memberi ancaman kepada kelab-kelab gergasi Inggeris yang lain. Keenam-enam pasukan ini sememangnya pencabar utama untuk kejuaraan Liga.

Image result for tottenham






Ulasan